Friday, November 25, 2016

Cara langsaikan hutang

MINDSET BEBAS HUTANG
Kumpul hutang sudah bertahun-tahun, tapi nak cari teknik langsai dalam tempoh yang singkat. Itu tak logik. Tak ada teknik ajaib.
Mindset yang betul kalau betul-betul nak bebas hutang ialah:
(1) Semua hutang itu tetap perlu dibayar.
(2) Ia dibayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik langsai hutang tanpa sentuh duit dan harta sendiri.
(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang ada dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta.
(4) Kalau harta tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Pendek kata, kalau tak keluar belanja tu, kita masih boleh hidup.
(5) Kalau dah tak boleh kurangkan perbelanjaan, tak ada jalan lain, mesti TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.
Point paling penting ialah kena banyak bersabar.Lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga.
Bila dah langsai semua hutang, duit ansuran hutang dulu JANGAN DISENTUH kecuali untuk tambah harta hingga harta itu dapat menjana passive income melebihi kos sara hidup.
Waktu itu, kita sudah jadi seorang yang bebas kewangan dan dibayar untuk buat apa yang kita suka. Bukan lagi kerja kerana terpaksa bekerja.... InsyaAllah.

Tulisan oleh: Mohd Zulkifli Shafie

No comments:

Post a Comment