Tuesday, November 15, 2016

Jangan bertanya kepada staff soalan yang sama

Sekolah mengajar murid MENJAWAB soalan. Murid yang cemerlang adalah murid yang pandai menjawab kertas soalan.
Dalam dunia bisnes, businessman yang berjaya adalah businessman yang pandai MENCIPTA soalan-soalan. Bukan businessman yang pandai menjawab soalan.

Apabila kita mahu supaya staff kita mencari teknik-teknik baru, idea-idea baru, solusi-solusi baru, jawapan-jawapan baru, jangan bertanya kepada staff soalan yang sama!

Soalan yang sama akan menerima jawapan yang sama.

Tukar soalannya. Tanyakan soalan-soalan baru. Lain soalannnya, baru lain jawapannya.
Rugilah syarikat membayar gaji staff yang cuma menunggu soalan.

kredit: Ainon Mohd

No comments:

Post a Comment