Thursday, November 17, 2016

Keluarga di timpa ujian. Adik ini sungguh kuat !

Amazing guy !

Kalau kita rasa dugaan kita adalah yang paling berat, percayalah ada insan lain yang Allah duga dengan dugaan yang maha hebat !

Petang tadi while waiting for my anjang's operation to keluarkan filter dalam badannya, Allah temukan aku dgn seorang insan yang aku rasakan hebat !

Kenapa? Allah telah duga dia dgn ujian yang sangat besar ! aku tadi terdetik hendak bersembang dgn seorang budak bersongkok yang sentiasa terukir senyuman di bibirnya dan sentiasa menegur pesakit lain ! di atas katilnya penuh dengan buku ! aku pun menghampirinya dan terus bersembang dgn nya !

Nama budak ini din ! berusia 17 tahun dan sedang mengambil peperiksaan SPM ! rupanya buku yang banyak itu adalah untuk dia ulangkaji ! ada satu bilik khas untuk dia exam ! dia berasal dari Dalat ! Anak kedua dan kakaknya baru habis SPM tahun lepas !

Dengan wajah yg ceria dan sentiasa senyum, aku pasti dia menghidap penyakit biasa, rupanya dia menghidap kanser tahap 4 ! Masya Allah aku terkejut !

Lagi aku terkejut, din keseorangan di hospital selama lebih 6 bulan tanpa ibu bapa dan adik beradik di sisi ! aku tanya kenapa? Dia kata emak dia menemani adik dia yg menghidap kanser juga dgn tahap yg lebih serius dari dia di KL ! Ya Allah sekali lagi aku terkejut ! Besar dugaan adik ini ! Dia melanjutkan lagi, ayah dia sakit strok di Dalat dan adik beradiknya yg lain menjaga ayahnya ! Ibu dia sekali sekala datang melawatnya dan dia suruh balik cepat kerana adik dan ayahnya lebih perlukan perhatian ! Dia disahkan kanser bulan 2 ini tadi dan adiknya disahkan kanser selepas raya aidilfiri ! Dia kata pesakit pesakit lain di wad yg sama dia anggap keluarganya ! Aku tidak dapat bayangkan kalau aku sakit, insan tersayang tiada di sisi ! Kau sngguh kuat dik !

Ya Allah airmata ku tanpa sedar mengalir di pipi ! Besarnya dugaanmu wahai adik ! betapa kuatnya kau !

Aku selalu rasakan dugaan aku sudah terlalu berat, tetapi kau menyedarkan aku betapa dugaan kau lebih berat lagi !

Aku sempat titipkan semangat untuknya untuk terus berjuang dan jawap SPM dgn bagus agar dapat masuk UiTM, tapi jawapannya buat aku sebak " In shaa Allah bang..kmk maok masuk UiTM mun umur kmk panjang..kmk maok balas jasa mak bapak kmk "

Ya Allah Engkau sembuhkanlah penyakit adik Din ini dan berikanlah dia kekuatan untuk terus menjalani kehidupan !

Sebelum balik, aku mintak no hp nya agar aku terus berhubungan dgn nya, memberi dia semangat utk terus berjuang ! Credit to Awang Fardillah



No comments:

Post a Comment